I Get The Job (Alhamdullilah)

Assalamualaikum and hai Everyone 😘

Sorry gais I lama x update kat sini 😅sbb i ada byk benda yg nk kena settle walaupon time PKP ni. Lepas I update kes or citer pasal kena tuduh bela something, ramai yg dm and pm I bg kata2 semangat. Thanks korang, I love korang 😘. and ada juga pm and dm me apa yg terjadi dekat sis lepas kejadian tu kan... ok I akan citer what happen to me after that. 


Yes, mula2 kena I always ckp diri ni x guna, pembawa malang dan sebagainya. Macam mana sy bangkit dgn that situation is my family. My family always ada kat belakang I bila I jatuh or anything happen to me. Bila I ckp benda yg xsepatutnya my family terus bagi kata2 semnagat utk I terus bangkit dr masalah ini. Some people if mereka ada masalah akan cari kwn or org rapat dgn mereka, depends pada korang and ikut keselesaan korang. Yang penting sekali jgn simpan or pendam masalah tu seorang diri. Ianya akan memudaratkan pada diri sendiri. 

Then mak I always pesan always solat and mengaji. Bila kita buka Al-quran and mengaji hati kita akan jadi tenang setenangnya. Yang ni lah yg i selalu praktikan sampai ke harini. Dlm sehari wajib baca any surah or brape page ikut pada kemampuan kita. Time kadang2 tu ada jugak rasa malas, tp kita kena lawan, jgn ikut kata hati (gitewwww). And then after solat maghrib or isyak I akan amalkan baca surah Al Mulk and surah Al Waqiah kerana surah ni ada kelebihan yg tersendiri jika kita amalkan. I bkn ckp suruh lain x bagus yea, surah lain pon bagus and ada kelebihan yg tersendiri. Klu korang ada byk masa free, lebih baik baca suruh lain boleh tambah pahala time PKP ni kan. 

After i diberhentikan dr company tersebut and lepas bebrapa hari I dh rasa ok sikit, I terus apply job. Walaupon time nk apply tu mood down giler. Tp I kena kuatkan semangat, anggaplah apa yg berlaku itu Allah nk uji kita. Yang paling penting jgn putus Doa and mintak kepadaNya. After 1- 2 weeks I apply job kat jobstereet, fast job and hantar email, setiap seminggu akan satu interview I pegi. Better lah de sblm ni. Klu x sblm ni sbln sekali baru dpt panggilan interview. I ada dpt satu interview dr company I keja skrang ni (Alhamdulillah) memula dpt call I xangakat and then dyeorg call kali kedaua baru I angkat. And than dyeorg ckp company dye kat area sekian2, aku ok ke? aku pon ckp ok walupon xdpt keja kat area yg diimpikan. 

And then bila hari interview tu, kebetulan sama hari interview dgn abg aku. So pg tu hantar abg aku interview and aku punya turn belah petang. Sehari sblm nk pegi interview tu aku rasa berat sgt and nk wssup org tu ckp aku xjd dtg, tp mak aku kata xperlu. Lepas abg aku habis interview, aku singgah rmh mak cik aku dekat shah alam dulu sbb aku nk guna wifi utk upload video kat Youtube ( sape yg x subscribe boleh subscribe youtube channel aku Nor Ainul Farihah) after dah siap upload kitaorg solat zuhur dulu and then baru gerak ke tempat interview tu.

Masa dlm perjalanan ke tempat interview tu aku masih berat (30/50), and mak aku ckp nk pegi x ni? aku ckp xsure lah. And then mak aku tanya ayah aku, nk pegi ke? ayah aku ckp kita gi jer dulu tengok. Kami pon pegi ke tempat interview tersebut and lewat sikit sampai. Tp sblm tu aku dh wssup org tu aku ckp aku lewat sikit. Lepas jer interview, aku dpt offer keja kat company ni (Alhamdulllah).

Anyway apa i nk ckp kat sini, bila rasa x sedap hati cuba tanya pendapat org lain. Kadang2 gerak hati kita x sama mcm org lain 😉. And lagi satu apa yg kita sentiasa bersyukur n jgn nk byk merungut . Apabila kita positive, tdk merungut and sentiasa meminta kepadaNya, Insyaallah macam2 rezeki yg kita dpt. And lagi satu jgn lupa amalkan solat dhuha.

Sorry jika ada byk spelling error 😅
See you at the next blog. 💕

Comments

Popular posts from this blog

Pengurangan MARA 2019

Diberhentikan Kerja Kerana dituduh Membela Something

Why belajar di UniKL (part 2)